Friday, June 8, 2012

EMAIL SESAT




Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca..
Kamurang pernah terima email sesat ka??kalau suatu ketika dulu selalu dapat surat layang. Balik ja dari sekolah agama mesti tersisip di pintu pagar surat layang. Kalau tidak disebarkan akan mati 40 hari since kita terima tu surat. Seingat saya, ada terselit nama Ketua Menteri Sabah tapi saya nda ingat sapa nama Ketua Menteri Sabah tu. (fail sejarah sabah, nda layak jadi sabahan sejati). Masa tu saya budak lagi around 10 tahun begitulah.. tau lah pemikiran budak2 masa tu ‘saya nda mau mati awal, saya mau kawin dulu’ hehehe =p


Ok, berbalik kepada cerita email sesat ni antara contoh email sesat saya dapat. Contoh ada di bawah. Let check it out (=,=)

~Sila click untuk tumbesaran tulang~


Hahaha..ni bukan pasal mati lagi ni. Ni ‘kekayaan’ di depan mata kita. Iya iya o la tu kaya. Hak tuih!! =p

Actually, kalau kamurang serupa nasib jak cam saya ni. Kebanyakkan email camni..isi sama tapi pengirim tu berbeza nama dan subject email pun lebih kurang sama. tengok cam d bawah ni..

Sila click untuk tumbesaran tulang =p

So, kalau tengok ni email pun sudah boleh tau kan ni email tipu2. Actually, sebelum ni pun saya ada banyak terima email cam gini. Contohnya, pengirim tu ada duit berbilion2 d bank swiss, jadi dia mau pinjam nama kita untuk mendapatkan duit itu sebab dia ada masalah tertentu. Pendek cerita, kalau kita tolong dia, kita pun akan dapat habuan daripada duit di bank tu.

nda logik betul, senang betul pengirim email ni bagi kepercayaan kepada orang yang tidak dikenali untuk urus tu harta. nampak sangat menipu dia tu ~ bak kata Ucop Wilcha~


Apa2 la kan. asal jak kita semua jangan mudah terpedaya dengan email2 spam camni. sapa yang terkena  tu memang orang yang tamak dan mudah ditipu.

Banyak sudah cerita2 begini masuk dalam paper. ada tu rugi sampai berjuta2.. nah kau..berjuta RM okay bukan berjuta2 RUPIAH..yang ditipu tu bukan alang2 cikgu, engineer, ahli perniagaan..erm..memang jenis tamak haloba lova lova la kan??duih dugok..

jadi, kawan2 n peep2 sekalian, rezeki ada di mana2 walhal di lubang cacing sekali pun..teda jalan mudah untuk dapat kekayaan melainkan kepintaran dan usaha saja mampu mendapat harta dunia ni.

Renung2kan la yar..

Love y'all (^_^)v


No comments:

Post a Comment