Monday, October 17, 2011

Hargai apa yang ada..

Assalamualaikum w.b.t

entri ni aku mau ceritakan tentang orang-orang sekeliling kita..especially family dan pasangan hidup. memandangkan aku belum kawin, so aku nak ceritakan tentang family dan kawan2.


setiap individu mempunyai jalan kehidupan yang tersendiri berdasarkan rancangan masing2. setiap perjalanan kita, kita akan bertemu dengan banyak orang untuk menjayakan perjalanan hidup kita. Masa tu la kita akan bertemu orang yang bikin panas, baik cam malaikat..ngokngek cm kura-kura..pelbagai ragam kita akan jumpa..

Dalam masa yang sama jugalah kita akan mencari pasangan hidup kita..mungkin ada antara kita sudah beberapa kali couple..kalau x sesuai atau rasa cam teda chemistry kita akan membuat keputusan, sampai sini sajalah hubungan kita, sebab kita sudah bayangkan camnalah kehidupan kita kalau kita hidup bersama dia..

Dalam agama pun sudah ada guidance bagaimana mencari pasangan yang sesuai..eloklah kita pandang kepada pengetahuan agamanya..memang betul..ilmu agama yang membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat..bukan harta mahupun pangkat..

Secara asasnya, kalau seseorang tu patuh kpd ajaran agama Islam yang benar, Insya Allah..perjalanan kehidupan kita akan terus diredhai Allah s.w.t..mesti korang argue apa yang aku cakap ni kan??mesti ada akan cakap 'mana cukup kalau setakat pengetahuan agama ja dipandang..kena tengok juga buku bank dan pekerjaan dia'

Iyyyaaa..saya tidak nafikan yang itu semua. ok mari kita lihat dan sama2 kaji..Pengetahuan agama merangkumi kesemua ilmu..ilmu agama tidak termasuk hukum syariah tauhid dan alQuran sahaja..malah merangkumi kesemuanya..kalau pengetahuan agama yang tinggi maka dia boleh menghindarkan diri daripada perkara2 syubahah..amboi..Haizum..berceramah la pulak..dah lari dari tajuk..hehehe (^_^)


ok kawan2..tu baru mukadimahnya..anyway related juga pasal pasangan ni. semestinya dalam kehidupan kita ni mau cari pasangan yang perfect bagaikan Mr / Ms Right ataupuan seperti Prince William wannabe..kaya..hensem..berpendidikan..loyalty..pendek kata tidak nampak celah2 kelemahannya..

Tapi sapala kita ni untuk dapatkan Putera William tu, hanya Duchess of Cambridge ja yg dapat. kalau ada pun putera raja yg sama tara dgn Prince tu manala mungkin dia pndang kita ni kan..so, dapatla kita lelaki yg 50% jauh lebih kureng drp dia

Tapi tak kisahla suma tu..janji sidia menyayangi kita dan menjaga kebajikan kita..cukuplah kan..apa guna kaya dan kacak tapi hidung belang..merana bersuamikan org seperti ni..makan hati ja memanjang dengan mesej2 sayang-sayangan dari perempuan lain..

apa guna kawin dengan lelaki kacak sahaja kalau tidak bekerja..tambah2 lagi kalau si isteri yang tidak sama padan sama suami (terkejar-kejar si suami la) sanggup berperanan sebagai suami..sang suami duduk rumah jaga rumah..kebajikan anak2 dibahu isteri..isterilah cari rezeki isterilah jaga kebajikan hal rumah tangga...ni kes gila ni. harap2 dijauhkan dari kita semua..

Oleh yang demikian, walaupun pasangan kita ni berasal dari family yg miskin..keja pun bolehla dapat makan 3x sehari dan jenis bukan mata keranjang..eloklah diteruskan. harta dan duit boleh dicari bersama..kehidupan tidak semestinya atas dan tidak juga dibawah sahaja..hanya diri kita saja boleh mnggerakkan kehidupan kita. janji pasangan kita tidak pemalas sudahlah..yang penting tanggungjawab harus diutamakan.