Tuesday, September 7, 2010

Sunyinya Library..






Hari ni hari Rabu, memandangkan perayaan nak dekat, so mostly students dah balik kampung even still ada kelas tapi ada yang degil buat cuti sendiri. Rindu kampung punya pasal, sanggup buat cuti sendiri. Rules pun sanggup langgar. huhu..kalau aku jadi diorang pun, mesti aku buat benda yang sama. Walaupun pihak kolej telah bagi cuti awal sehari sebelum raya, tapi nak juga balik kampung seawal yang mungkin. Yelah, esok mesti traffic jammed. orang berduyun nak balik kampung.






Ok citer pasal library kosong. Takdelah sampai satu orang student pun tak g library. ade..cuma beberapa kerat jala student datang library. datang pun sebab nak photocopy la..nak print assignment la.erm..adat nak bercuti panjang memang gitu. Sebelum cuti, lecturer bagilah bertimbun-timbun assignement untuk submit after raya tak pun lepas cuti ada final examination..huhu..memang adatla cam tu. tak heran...






Oppss..lupa..students cuti satu minggu for Hari Raya you..so, some staffs ambil kesempatan ambil cuti selama seminggu. Aku tak ambil cuti tapi aku tak kisah sebab masa tu students takde then library kembali lengang seperti asal.hahaha...Tapi kemungkinan besar, lecturers will come and do some research for their silibus. mungkinlah..






Hari ni, last day keja. Esok cuti. Students takde so aku pun malas nak wat keje. perasan tak? aku ni asyik blogging jer..best kan..hehe..pe pun Peace no war n arguement in our life.

Bagaimana mau menenangkan ati bila nda tenang?? (*_*)



Tiba-tiba aku rasa cam sedih. Sedih yang teramat sangat. Aih..nak dekat-dekat raya ni, terasa sedih la pulak. Kenapa lah aku cam ni? Apa salah aku? Orang yang aku sayang, sudah bertemu dengan pilihannnya sendiri. sedihnya..

Semalam aku delete FB, sebab aku tak sanggup tengok tu semua lagi. Tak mau tengok post2 yang buat aku sedih.

Tak boleh la nak teruskan blogging cos ati betul lara. SEDIH..hanya Allah saja yang tau.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada diriku ini. Amin.





Monday, September 6, 2010

2 days left (^_^)

Assalamualaikum..and Hai to all friends.

Hehe..dua hari lagi nak hari Raya untuk tahun 2010. Tak sabar rasanya nak berhari raya ni. Tapi sedih lah nak tinggalkan bulan Ramadhan al-mubarak ni. Bulan keistimewaan yang diberi Allah sekali dalam setahun.

Hari ni, aku tak tau nak tulis pasal pa. sebab dalam kepala aku ni asyik pk pasal nak raya jer. Persiapan untuk raya?erm..so far, baju kurung belum siap. Tudung yang aku beli online, kejap lagi aku turun KK, nak ambik tudung. sekali, aku nak window shopping. window jer, khamis ni baru shopping.malam raya, baru sale tahap mampus.

Kalau nak citer pasal kuih raya? so far, kami main beli jer. dah masing2 bz dgn keje. banyak dateline perlu dikejar, so do i la jg.

Duit raya?? jangan dikata pasal duit raya dengan aku. Tahun ni takde duit raya cos aku baru je dpt my 1st salary in new work environment then i'm in probation lagi, so bayangkanlah gaji aku cmne. After aku resign dr tempat keja dulu, aku kena bayar balik gaji aku..sebab need to notice 2 months..sekali tak sampai sebulan aku bg notice so, need to pay back la. so, my 1st salary kena bayar hutang la.

cuti raya? aku takde cuti raya. as i mentioned before, aku kan in probation, so, kalau aku ambik cuti, gaji aku makin kurang. tambah lagi, ada 3 trips aku kena ikut.

1 trip - KL : VIRTUA BRIEFING
2 trip - Kuching : Kasi kawan kawan aku ambik exam kat UITM Kota Samarahan
3 trip - KL : Annual Dinner.

hah..tu trip aku dalam masa terdekat ni. within September and October, need to saving for my trips.

Bukan aku ni jenis tamak or takde feel nak raya..ade mmg ade feel raya pun mengalahkan budak-budak tapi masalahnya, kalau aku terus nak beraya duit aku kurang so at the end aku yang sengkek hujung bulan. aku tak mau la camni kan. aku pun kena bagi duit dgn mak bapa aku lagi kan, perbelanjaan aku lagi..ish..kalau nak kata memang aku ni x cukup duit la.

Walau pe pun, semangat raya tetap ada, aku pn x sabar nak makan rendang, lemamg, kari ayam dan fevret dishes yang hanya available d musim perayaan.huhu..rasa lapar la plk.

Oklah, setakat ini saja untuk hari ni..time or after raya aku update lagi blog aku ni yer.sama2 kita kongsi pengalaman d bulan syawal ni.

Salam semua..Love u all

Friday, September 3, 2010

Sweet Memories on last days of Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari yang ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadhan bermakna ada 5 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal dimana para muslimin akan merayakan Aidilfitri menandakan kemenangan kita. Tapi bagi sesetengah muslimin, mereka tidak sanggup melepaskan Bulan Ramadhan dimana bulan yang penuh keberkatan dari Allah. Oklah, cukuplah tazkirah dari Haizum Mahfuzah..Hehehe..

Actually, aku nak berkongsi cerita mengenai kenangan dikala Ramadhan ingin melabuhkan tirainya. Ini sekadar cerita bese-bese jer tak berunsurkan keagamaan pun.

When i was 16, aku dan family aku selalu g solat terawih di masjid. 1 day pun tak pernah missed. Walaupun cam tu, aku ni sekadar solat 8 rakaat jer. then, lepas tu merayap la g bawah masjid. buatlah pe yang patut, bersembang ke bermain ke itupun kalau ada member yg dok sama solat terawih kat masjid yang sama. tapi aku ni takde kawan pun kat masjid tu.

Alkisah begini, adik lelaki aku Azmi dan Saiful ada kawan sekolah yg sama mngerjakan solat d tempat yang sama. Nama budak tu Azmi juga. Umur dia masa tu dalam 14 tahun cam tu la. Budak ni aku tengok, boleh tahan la rupanya..kira hensem la juga. aku tak pikir apa pun. just memuji mengatakan yang dia ni hensem. Tapi adik kan..aku anggap dia adik-adik ajelah. ADIK-ADIK AJE..

3 hari sebelum raya, kami ada pergi masjid cam biase la..seperti biasa Azmi pun ada kat situ. Then, balik aje kat rumah, Adik aku Azmi mengatakan Azmi kirim salam kat aku. oo..sekadar kirim salam aku tak kisah. Then adik aku tambahkan lagi, dia kata Azmi suka aku. Aku tak caya. Takutlah adik aku ni tipu. Tapi setau aku, adik aku ni tak pernah tipu. Mati-mati aku denied pe dia kata tu sampai adik aku ni fed-up sebab letih nak yakinkan aku ape yang dia cakap.

Esok malam tu, aku dapat kad raya dari Azmi. Kad raya mahal tu. Kad raya versi 'blues untuk aku' haha..kira masa tu, femes la jg kartun tu pada masa tu. Tapi aku tak minat pun. Harga kad tu RM 1.20 sekeping, dia bagi aku 2 keping kad raya. Hah kau..tak ke haru tu. dalam tu macam-macam la dia tulis. Tulisan dia..erm..jangan cakaplah..memang tulisan lelaki (cakar ayam)..hehe tapi aku hargai kad raya tu. Adik-adik lelaki aku pun dapat gak kad raya dari dia. Tapi kad murah jer, RM0.50 sekeping. Tulisan lagi buruk dari tulisan kad raya yang dia bagi kat aku. Adik-adik aku rasa tak puas ati kat dia. Mulalah diorang argue kenapa aku dapat lawa2 tulisan pun cantik, diorang dapat kad raya murah dan tulisan pun senget dan buruk. Senyum je Azmi dapat komplen dari adik-adik aku ni.

After that, dia dtg beraya g rumah aku bersama adik sepupu dia. adalah 2,3 kali kami kuar dating. bawa adik sepupu dia juga, kira cam anak kami la..huhu..dia kata la.ahaks..masa tu, terserlah kehenseman dia.hehe..

Memang kami dah declare jadi BF-GF, kalau ikutkan ati tak naklah aku, sebab dia tu lagi muda dari aku. dalam 6 bulan kami couple dan putus secara baik sebabnya the next year kami ada exam besar yg perlu kami hadapi. Dia ambik PMR dan aku ambik SPM. So, dari situ kami ada kesedaran sivik masa tu tentang masa depan kami.

Sekarang ni, aku dah tak dengar cita dia lagi. last aku dengar, my junior fall in love kat dia. then aku kata kat junior aku, dia tu my ex bf. terkejut junior aku.huhu..tapi sekarang ni betul2 lost ctc..adalah terserempak dgn adik sepupu dia. Adik sepupu dia pun dah besar dah. aku tak cam dia, tapi dia cam aku..huhu..tau la kan dari muka budak yg suci bersih dan murni bertukar menjadi muka dah akil baligh.memang tak cam larh..

Aku rasa ni la kenangan terbaik aku d Bulan Ramadhan. walaupun cinta monyet tapi penuh dengan kenangan manis. kelakar pun ada. Aku rasa mesti korang pun ada cita dsebalik Ramadhan kan. tak kiralah pasal ex bf ke pasal ape ke. Perkara yang membuatkan kita tersenyum sendirian. haha..jangan tak tau, kad raya dia 'blues utk aku' sampai sekarang aku simpan lagi tau. dah hampir 9 tahun kad raya tu dengan aku sekarang ni. hehe

Apa pun, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin..

Thursday, September 2, 2010

Am I your burden??



Aishh..itu yang aku tengah pikir ni. sekarang ni mode aku adalah SEDIH. sedih memanjang je aku rase. Ya, aku memang bersedih sekarang ni. Sedih sebabkan LELAKI. How dare me? kenapa perlu aku sedih pasal lelaki. erm..aku ni dah makan hati berulam jantung. erm...susah la nak explain cmne..tak per. utk fahamkan korang, aku akan citerkan 1 by 1.

According to my previous blog. aku ni dh ade BF kan. kiranya aku ni kekasih tak dianggap la ni. sebab my BF ni ade GF dia. kiranya aku ni GF yg ke2. kira spare part dia la. Bodohkan aku? aku pun tak tau, sejak bila pulak aku katakan yg aku nak bercouple dgn dia. last2, dah terconnect. pelikkan? aku lagi la pelik.

Aku pun teda feeling dgn dia sebenarnya, aku ada feeling dgn cousin dia. Sebab cousin dia adalah ex-boyfriend aku since 19 lg. aku takdelah niat nak mempermainkan dia. aku just nak berkawan dgn dia. lagipun dia ni kelakar yang teramat la sgt. malam2 aku ceria pasal dia la. tapi ntah cmne, dia boleh jatuh ati plk dgn aku. aku tedalah berlembut ke ape ke dgn dia. sbb aku tau dia ada gf. lagipun, masa tu, dia dgn gf dia pn tak berapa ngam, so kedatanagan aku ni tepat pada masanya la..tp tu la sekadar jadi spare part.

tapi yang aku sedih ni dan rasa tidak puas ati ni. aku nak bercakap pasal cousin dia. dia jadi marah. aku kata yang aku ni still ada ati dgn czn dia nek hangin. so, ape makne sebenarnya.kalau dia layan aku bagus2 tak pa la jg. ni tak..kalau dia teringat kat aku, dia cari aku. uish...igt aku ni apa.

lagi yang aku sakit ati yang teramat la sakit ati. aku ada tgk satu FB dia. mungkin tu GF dia yang post kat wall dia. dia kata harap dapat selesaikan masalah yang melanda dia sekarang ni. dan jangan lupa selesaikan masalah dia juga..dari situ, aku rasa cam batu besar menghempap di atas kepala aku. sampainya ati dia kan, katakan kepada GF dia yg aku ni masalah besar bagi dia. Tapi, kalau dah tau aku ni masalah besar bagi dia. masalah yg menjadi penghalang utk dia bersama dgn GF dia. cakap je dgn aku. aku takkan halang mereka berdua tu.

Walauapapun, aku memang dah tawar ati tahap gaban dengan dia. tawar yang amat sangat la tawar. tak boleh lagi nak bt u-turn. sorry..aku bukan milik ko sebenarnya.

Lepas aku blogging ni. aku rasa lapang sgt..sebab dah terkeluar isi hati perut limpa aku pasal lelaki ni. after this, tidak mau la cita pasal lelaki. wat aku sakit jantung jer.

thanx for reading my blog. Appreciate sgt. TQ

'selamat berbuka puasa'