Tuesday, July 6, 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga pulak


Salam..
Hari ni aku keja shift malam lagi. Dan hari ni juga aku jadi takde mood. Memikirkan kehidupan aku yang semakin sempit dan dugaan yang datang bertimpa-timpa. dah la beberapa hari yang lepas aku dtinggalkan bulat2. sekarang ni, masalah family dan masalah keja menjadi bebanan aku. 3 in 1.

Aku blogging ni tyme aku takde mood. dengan sapa lagi aku nak mengadu kalau bukan kat sini jer. nak harapkan orang lain. aku jadi takut nak luahkan masalah aku dengan orang lain. Ya Allah, dugaan apa ka ini?

aku tak salahkan sapa2 pun jauh sekali menyalahkan Yang Esa kerana memberikan aku dugaan yang hebat ni. Apa yang perlu aku buat. Sabar?? Ya Allah, aku tak sekuat Saidatina Siti Fatimah dan sekuat Sumaiyah. Kesabaran mereka terlalu tinggi.

pa yang perlu aku buat?pa yang perlu aku buat? pa yang perlu aku buat?

Soalan sebegitu sering bermain di kotak fikiran aku. semasa aku berjalan, makan, mandi, sebelum tidur. merangka-rangka solutions utk selesaikan masalah ni. camna aku nak menghadapi suma ini.

Teman-teman mesti tertanya masalah apa Haizum tengah pikir ni. takde masalah yang takde jalan penyelesaiannnya. terlalu malu untuk aku nyatakan d sini wahai teman-temanku. seperti membuka pekung di dada. tambahan lagi, ni soal melibatkan maruah keluarga aku.

Tapi tidak pa, aku percaya, korang mesti memahami situasi aku. ni berkaitan masalah family aku. kakak sulung aku sakit. sabtu ni dia operation. aku risau keadaan dia sgt. sakit teruk sangat. pa yang terjadi Hanya Tuhan saja yang tahu. Bapa aku pulak dah tua. ada sedikit nyanyuk. sikit2 nak marah..aku pun jadi tension. pe je yg ade depan mata dia suma yang tak kena. kadang2 aku dok rumah pun jadi tidak senang kalau dia ada. Astaghfirullah al azim. Haizum, pe Haizum cakap ni. berdosa besar tau Haizum kata gitu dengan orang tua. Ya, memang aku tau berdosa besar buat perkara sebegitu dengan orang tua aku. tapi korang tak berada di tempat keadaan korang. kalau korang berada ditempat aku mesti korang rase pe yang aku rase. sekarang ni, mesti akan korang kata macam2 sebab korang tak rasa..berat mata memandang berat lagi bahu memikul. mungkin korang akan salahkan aku.

please la, aku pun ada had kesabaran. sampai bila aku harus tahan suma ni. dulu, aku diam ja. kena maki, kena hamun. pa yang aku buat semua serba tidak kena. korang cuba bayangkan, aku nak seterika baju sekolah petang ahad pun dah kena marah. padahal esok sekolah. lain lah kalau aku seterika baju sekolah isnin subuh.

ya, mungkin korang tak faham keadaan dan situasi aku. sebab aku yang lalui bukan korang. aku yang terasa perit bukan korang. aku buat suma langsung takde supportive daripada bapa aku. seolah-olah aku ni anak terbiar. kadang2 aku rase jeles sangat dgn bapa n ayah orang lain. bergurau senda dgn bapa2 dorang.aku? nak pandang muka pun aku tak berani. aku lalu je depan dia. macam2 kuar dari mulut dia.tu la aku cakap, korang tak rase pe yg aku rase.

aku ade gak try nak luahkan pasal ni dengan seseorang. belum kata pe2..dah dia salahkan aku. yang buat aku sakit ati tu, ada ka patut dia cakap 'awak, kenapa awak tak doakan jer mak ayah awak mati awal?' Subhanallah, tak terlintas langsung dek fikiran Haizum Mahfuzah nak mak bapa dia mati awal. kata-kata orang sebegini adalah kata-kata orang bodoh sombong. kenapa? aku tak abis cakap dah dia pikir aku yang bukan2.tak ke namanya BODOH SOMBONG tu. berlagak pandai. ya..dia kata cam tu sebab dia ada family yang sempurna. tak cam family aku. tu yang aku nak katakan dia tak rasa pa yang aku rasa.

aku cuma ingin ketenangan dan keredhaan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku. Ibu bapa adalah anugerah Tuhan. hargailah mereka selagi mereka masih hidup. sesiapa yang ada ibu bapa yang sebaik seperti malaikat. berbaktilah kepada mereka. sesungguhnya korang la anak yang paling bertuah sekali sebab ada ibu bapa sebaik mereka.

Haizum tak boleh teruskan blogging sebab memikirkan masalah lain2. banyak benda yang Haizum kena pikir. tak tau la, bila dugaan ni akan berhenti. Semoga Allah berada dsisi aku. Amin..

Monday, July 5, 2010

aku dah berusia suku abad.

Assalamualaikummmmmm (ikut style Haziq dalam movie Syurga Cinta)

Hi everyone.wah..boleh tahan yer.hari2 aku blogging.celik jer mata terus blogging. huhu actually, aku surf FB jap. adelah..usik2 kawan2. walaupun jauh menyeberangi laut china selatan tapi facebook dekatkan pertalian silaturrahim.hehe..kes usik mengusik ni timbul cos ade beberapa kawan aku dah bertunang and sambut birthday yg ke 25. hah??25 tahun!! kenapa dgn 25? ade ape2 ke? erm..menunjukkan kita dah semakin meningkat dewasa?dewasa ker?tanak nasi pun still hangus..halluu tu kalau masak atas gas.klu masak kat periuk karan. paling2 pun mentah.kalau terlebih air jadi bubur. org utagha kata 'moi'..(erm teringat kesatria kat uitm dlu.peristiwa terjadi ke atas noren a.k.a kembaq aku)

adelah sorang Hamba Allah yang bernama...(malas aku nak sebut) dia kata. age is a figures. erm..ye ke?mungkin pasal ni ko putuskan aku kan?huhu..berbalik kepada tajuk kita. aku dah berusia 25tahun. arrhh..nyah tak caye la.huhu..percayalah wahai Cik Haizum ko dah 25 tahun 2 bulan dah pun.

Teringat mase skolah dlu. kata dengan kawan2. aku nak kawin mase umo 25 tahun. sekarang ni umo 17 tahun. ada 8 tahun nak bina kerjaya dan nak kawin. masa tu aku ade pakwe.membuat plan la nak anak berapa ramai. nak letak nama anak lelaki camna.pompuan camna. haha..kelakar la klu ingat balik. tapi, at last bf aku tu dah bertunang pn. dh nak kawin pn bulan 9 ni.erm..kecewa gakla..dia dah bertemu jodoh. aku??masi lagi tercari2. amboi zum, kecewa ke frust ke? taklah kecewa pun sayang oi..still young what. kawan aku rennie vincent umo dah nak 28 still maintain bujang. kawan aku yg sorg lg tu kak teh.pun bujang jg.takde bf pn still maintain single jg. pe zum??ramai lelaki nak kat ko...ish..aku bukan nak citer pasal ni la. bukan pasal kawin diwaktu umo 25.cuma terkenang aje plan ape nak bt diwaktu umo 25.haha..

tapi yang pasti aku tak percaya umo aku dah 25. kalau orang tya umo aku berapa. aku jawab la 25. si kawan yang bertanya pun terkedu dan terkesima. kenapa?ada aku salah jawab ker? cam tak caya jer. tgk rupa cam 21 jer. yeke?? mak aih..kembang kuih pau aku (-_-")..cam semalam, aku nak beli burger kat kat warung putatan tu. adelah sorg student tu panggil aku. hai kak, keja malam ka? aku jawab la ya. si penjual burger ni heran. kenapa ko panggil dia kakak? c student ni jawab la..dia keja di library tu. terkejut c pacik jual burger ni. arhh..tgk aku balik2. curi2 renung aku. huhu..

ni lagi satu citer. officemate aku. selama 5 bulan aku keje kat c2. mati2 dia ingat aku ni budak lepasan spm. umo around 21..dia dapat tau citer sebenar dr fren aku. haha..aiyo..saya tidak tau kamu sudah tua la..haha..kecik macam budak darjah 3. amboi May, berpada2 la. kata plk darjah 3. terlebih awet muda aku ni..huhu..senyum jerlah..

kadang2, student ni nak pgl nama jer.tp panggil jer 'kakak' nak lebih hormat padahal dorg lg tua dr aku. (a few students la)..tapi aku tak kisah.panggil aku apa je pun. janji korang hormat aku yer. pe2 pun, aku tak boleh melatah dengan pujian sebegini.bersyukur kepada Allah kerana memberi aku anugerah sebegini.

Sesungguhnya Allah meminjamkan nikmat ini kepada umatNya. melihat sejauh mana dia bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.so, kawan2 sekalian. kalau kita ada kelebihan please dan tolongla jgn terlalu membanggakan.kerana ini adalah pinjaman Tuhan. anytime and anywhere, Dia akan tarik balik nikmat yang dia pinjamkan tu.hah..bersyukurlah yer anak2 sekalian.

oklah dah kul 1 lebih ni. Haizum nak g mandi. huhu..salam semua.

apa itu librarian??

Assalamualaikum w.b.t.dan selamat malam (aku blogging waktu mlm ni)
sekarang ni aku kat library. seperti yang aku katakan tadi hari ni aku keje shift malam.eh..hari2 ke keje shift malam??tak..musim examination jer ade shift malam. lain2 hari xde shift malam.huh..kalau hari2 ade shift malam, penat la aku.dah la kakitangan kat cni 3 org jer.yg sorg tu a.k.a boss memang totally out tak ambik shift malam. ape kelas, boss keje shift malam. bukan nama boss kalau keje malam kan??hehe..harap2 dia tak baca blog aku ni. amin..(^_^)v

oh yer?mesti korang tertanya2 kan.di mana lah Cik Haizum bekerja kan?keje smpi shift malam la.as you know Haizum keje sebagai assistant Librarian d Inti Kolej Sabah. bukan Inti Nilai yer anak2. Inti mempunyai banyak branch so kami librarian or sekutu dengannya byk la lubang rezeki kat mana2. so, Haizum dlu ambik cos per kat UiTM dlu? hah..ni nak bgtau IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PERPUSTAKAAN, Univeristi Teknologi Mara Shah Alam. 0oo..ade gak yer jurusan camni kat Malaysia??uih..sape kate takde. walaupun dengar cam senang jer, cam makan kacang jer.tapi course ni hanya UiTM aje tawarkan tau. Universiti lain takde tawarkan tau.tu la, klu g mane2 dorg akan tertanyer2 ade gak course camni yer kat dunia ni.hah..baru ko tau. tapi kan pe yang korang belajar yer?takkan susun2 buku jer. kalau setakat susun2 buku jer.bibik kat rumah aku pun tau. amboi...mulut tu ade insurans ke sayang?kalau setakat susun2 buku wat per la UiTM buka course ni. tapi memang tak dinafikanlah, keje librarian susun2 buku juga.tapi susunan tu unik dan takkan berubah kalau dah set up dr dlu smpi skrg. boleh jugak suh bibik ko susun buku.nak tgk jg cmne bibik ko susun buku.sma ke susunan aku susun tu..kalau nak tau lebih lanjut korang masukla course library management. course yg buat korg cuak n ade msa depan ke course ni.dari situ, baru korang tau..betapa uniknya course ni. course ni laris tau setanding dengan computer science..cehh..walaupun korg ade ijazah kejuruteraan medical n macam2 lagi la. klu ade vacancy librarian o library field korang tetap totally out untuk isi ni course even ko tu computer science..huh..jgn memain yer dgn course library management,hehe..

punya la panjang lebar aku bagi penerangan pasal course aku ni.erm..ntah ler. actually, ramai gak graduan library management keluar dr bidang ni. ade yg g perguruan ade yg g bisnes, ade yg teknologi maklumat.pe pun, ikut la taste masing2 kan.macam kawan aku hadra. dia bakal guru bahasa inggeris sekolah rendah. library management juga tu. tapi dia ade satu ability dr situ. seandainya, dia dah jadi guru la kan..dia leh urus library kat sekolah. then d situ dia ade satu jawatan penting. sekali la mendidik anak bangsa untuk membaca. actually, graduan library management ni adelah duta kecil utk kempen membaca.huhu...

aku bgitau dengan panjang lebar ni cos sesetengah people ni pandang rendah keje librarian. arhh..keje kat library??aku masuk library dalam setahun pn blh kira dgn jari tau. oit..org2 sombong a.k.a egois tahap cipan.kalau tidak kerana buku kat library taklah ko dapat ilmu tau.yelah..bukan ko yg g library.tapi lecturer ko tu bukan ke dia yang g library g pinjam buku..g refer dgn reference librarian.bukan ke??hah..oleh itu, sumber kejayaan korang dalam study korang secara tidak langsung adalah library..bukan saje mak ayah korg, lecturers korang, pakwe makwe korang, adik beradik korang, pak n mak menakan.library also give u contribution in ur study.huh...

minta maaflah bebanyak kalau Haizum ade terkasar bahase.bukan per, orang berbahasa kita berbudi, orang terlebih ajar, kita kurangkan ckit ajar dia tu. bagi dia molek skit. kadang2 ade gak mulut yang takde insurans ni. erm..kalau terase diri tu mulut cabul sangat yang dok reti mengutuk jer.please la..buat insurans mulut ikut contoh Angelina Jolie. kang tak pepasal, ade mulut kena ganyang cili kan.haha..ingat org library ni pendiam ker..erm..yerlah main rule library. silent.tapi dun forget librarian also cruel jg. klu dah tak reti diam.mmg garang la silap hari bulan korg dihalau dr library.huahua..

ish..pesal Haizum ni. banyak betul dia tulis malam ni.huhu..dah rajin kan.so, aku tulis la pjg lebar.bagi 'orang2' tu faham.huhu..sekali lagi, aku minta maaf kalau ade terkasar bahase. tlg jgn perkecilkan profession org lain. buruh kasar pn jgn perkecilkan. kalau tak kerana dorg, bandar korang mesti lesu takde bangunan tinggi.
oklah, Haizum ade keje. lain kali, Haizum blogging yer.salam..dan selamat malam..

Sunday, July 4, 2010

Yang pergi takkan kembali..yang hidup teruskan amal ibadah

Assalamualaikum..haluu..tak sampai 2 jam post previous blog dah nak blogging lagi.huhu..entah lah sejak akhir2 ni, aku selalu sgt blogging. tapi tak tau la akan datang, mungkin malas cam sebelum ni.huhu..

Hari2 and everytime aku selalu surf facebook. yerla..nak tau juga kan perkembangan kawan2. khabar dorg suma tu.then, aku terpaku kat wall encik Azmi (lecturer masa aku kat uitm) dia mengatakan Fazidah Atikah telah meninggal dunia semalam (mengikut wall tu la not this time) aku terkedu. then, adelah komen2 pasal arwah tu. ade yg kata cam tak caya je dia meninggal.cam semalam je bergelak tawa dgn dia kat kandang. Actually, aku tak kenal arwah ni. maybe she's my junior. sering terserempak tapi x kenal nama.just bertukar senyuman kan. ke yg aku sllu ajak gaduh dlm bas pasal berebutkan seat.pun blh jadi jg kan. tapi tu la..selaku sedara islam, aku wajib bersedekahkan Al-Fatihah buat arwah Fazidah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. cukup 40 org doakan sebegini, maka Allah memakbulkan doa antara mereka.Amin ya Rabbal Alamin.

Aku terpikir. satu-satu teman dan saudara pergi meninggalkan kita di dunia ini. tapi kita tak perasan. yang penting, kita yang hidup teruskan hidup sehinggalah kita di panggil Tuhan. Panggilan Tuhan hanya 3x dalam kehidupan kita. Pertama: panggilan azan. menyuruh umatNya menyembah Allah pada masa2 ditetapkan. oleh itu, kita sebagai umatNya makhluk ciptaan sebaik2nya. perlu mengerjakan solat. kedua: Panggilan Haji. orang selalu kata hanya yang mendapat seru saja pergi ke Kaabah. Ya Allah, pendapat sebeginilah kita patut jauhi. aku bukan per, kita umat Islam, kita suma tetamu Allah ke Tanah Suci. cuma kita saja, nak g ke x. begitulah, kalau dilihat sehalus2nya. orang yg banyak duit lebih suka ke London, USA, Barcelona untuk bercuti. pe salahnya kalau de duit kita pergi beribadah ke Tanah Suci. Luar negara juga kan?? Ketiga: panggilan maut. sesungguhnya panggilan inilah yang memisahkan kita kepada dunia. kita dsimpan utk dibangkitkan pada akhirat kelak.

niat aku bukan ingin berceramah sebab aku pn terpesong juga. ni adalah peringatan buat aku dan kawan2 sekalian. aku tau aku pn goyah bab iman dan taqwa.tapi sebolehnya aku ingin berubah ke arah kebaikan. benda di dunia perlu usaha utk mendapatkannya kadang2 perlu banyak pengorbanan utk mendapatkan sesuatu. tetapi, mendapat keredhaan Allah begitu mudah sekali.iaitu TAQWA. TAQWA bermaksud mengerjakan apa yg disuruh meninggalkan apa yg ditegah. selagi kita bertaqwa selagi tu la kita mendapat kemanisan iman. senang bukan? tidak perlu pengorbanan yg bertimpal2 utk mendapat keredhaan Allah. lain la kisah Nabi Ibrahim, diperintahkan oleh Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail. kalau kite kene suh bt gitu, alamatnya memang tak mampu la.

Sesungguhnya Allah memberi kita ujian setanding dengan kekuatan kita. Allah takkan sekali2 memberikan ujian diluar kemampuan kita. Buktinya, ade tak Tuhan suh kita sembelih anak sendiri cam Nabi Ibrahim. kalau ade, tentu setiap menjelang malam hari raya Korban suma anak lelaki hilang bertempiaran. ye tak?hehehe...gurau jer bro.

aku pun meghadapi dugaan yg maha kecil dr Allah. tapi sakit dan tanggungannya hanya Allah saja tau.setiap hari berdoa. minta diampunkan Tuhan. Kuatkan semangat. Tebalkan iman dan kesabaran utk menghadapi dugaan itu. Alhamdulilah, aku sudah kuat dan beransur baik. tapi aku tak cepat melatah. aku mendoakan yang baik2 saja. ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w..apabila baginda dibaling batu oleh penduduk Thaif. sehingga badan dan kakinya luka.datanglah Jibrail ke arah baginda. "wahai kekasih Allah, adakah kau mahu aku mencantumkan antara dua bukit utk menghancurkan kaum thaif itu" negeri thaif berada ditengah2 antara dua bukit. Rasulullah bersabda " tidak perlu Jibrail. aku doakan semoga mereka mendapat taufik dan hidayah" begitu hebat sifat Rasulullah. aku ni sekadar ditipu jer dan dipermainkan perasaan naluri wanita jer.serupa cam diperbodoh2 kanlah..tapi xla luka mana bahagian d badan aku.just hati aku je yg luka.tapi ni jer yg aku pegang. kisah rasulullah kisah teladan utk kita suma.

walau pa pn, kita yg hidup jgn terus menerus megejar keduniaan. akhirat juga perlu dicari. perlu seimbang.dunia dan akhirat. Allah pun tak suh kita mengejarkan akhirat saja. dunia pn kita perlu gak.tapi biarlah berzuhud saja.pa makna zuhud??korg cari kat kamus..aku bukan kamus arab.asyik kena suap jer.letih la aku..huhu..

oklah..smpi cni..nnt de mase aku update lagi.nak bersiap nak g keje ni.aku keje shift mlm hr ni.salammm..

WeeHeee!!

Hello guys. huhu..so far ade gak follower aku.wlupun sorg jer.actually, ada jg member yg kata sllu baca blog aku.boleh percaya ker?ye la..aku kan jarang updating my blog. camne korg kata korg sllu mengikuti perkembangan blog aku.huhu..pe pn thnx 4 ur support. Thnx to Daniel Ezairy. become my follower. Actually, he's my friend since i was in secondary.so, kami mmg berkawan.

today, aku tak tau nak citer per. o yer??most of my friends dah engaged Eila, Lenna and ade la yg len2. huhu..aku sbg kawan korg, tumpang hepi dgn kebahagiaan korg. Aku doakan yg baik2 utk korg.dengar2 citer, tarikh persepsi dorg hampir2 je.rase2, tym tu aku nak ambik cuti pjg.nak g kawin dorg sekaligus bercuti.dah lama x menginjak tanah semenanjung. dah jadi hometown dh especially Penang dan Kedah.KL also. ni la padahnya kalau dah hobi travelling kan? smpi mak bapa aku pn rujuk kat aku.cmne nak smpi dr sini ke situ. aku pn dgn bangganya..amik bas dr cni.byr tambang sekian..sekian..lepas tu kata nak turun kat sekian..sekian..mintak konduktor tu tlg tekan bell. jgn risau, org sana bek2 belaka terutamanya klu tau kita ni asal jauh.huhu..mmg tolong abis2an. jadi tourist guide thru fon la plk..

ok..lupakan citer pasal kawin2 and tunang. also one of my friend jg, dh pregnant. huhu..sukanya aku.erm..Haizum ni kalahkan mak yg tgh pregnant tu. huhu..yala dh nk dpt anak sedara even unofficially kan. yelah..ni la auntie Haizum saksi cinta mak bapa anak kecik dlm perut. pertemuan pertama dsebabkan kad matrik hilang. erm..ntah2 cikgu tu yg pgg kad matrik Aya.that's why la dorg kawin.eish..Haizum x baik tau berburuk sangka. pe pn, bukan aku saja..batch IS220 INTAKE JULY 05-MAY 08 jadi witnessess. n also big thnx to Amer cos dia yg suggest sekolah tu jadi projek PR. klu xkerana Amer, dh tentu Aya x kawin skrg ni.

citer pasal kawan2 ni. dh 2 tahun aku tinggalkan zaman kuliah aku. zaman kampus aku.tapi kenapa masih teringatkan zaman tu. rindunya. Hanya Tuhan saja yang tau. nyesal tak joli puas2 tyme tu. kalau la masa boleh diputar kembali. akan aku pilih saat itu. aku pernah kata gini dgn kawan aku. tapi kawan aku menggeleng. Haizum, biar kita anggap itu sebagai kenangan abadi utk kita. aku dah rasa puas masa kita study dl.susah senang bersama. aku dah cukup seronok bersama kawan2 kita dl.tak payah la kita putarkan kembali saat itu. ko tau x, apa2 pn peluang hya sekali dala seumur idup.tidak ada dua atau tiga.jadi, kita mesti hargai peluang yg pertama. peluang yg ke2 belum tentu lg seindah peluang pertama.biarla sekali saja kita lalui itu suma.memori tu kita simpan saja. aku terdiam n berpikir apa yg dikatakan oleh kawan aku tu. betul juga kan..erm..

tapi, nak aku katakan d cni.aku mmg rindu kepada kawan2 aku. kawan2 aku dah berselerak kat seluruh malaysia. walaupun jauh tapi tetap dekat dihati via facebook.haha..boleh2 lagi gaduh2 kat FB.huhu

o yer. mlm ni aku keje shift malam.so, kul 3 aku nak g kk nak beli KFC n big apple.urm..sedapnya big apple..i love big apple..mlm ni aku blogging lg yer.kpd kawan2 invi..tq bg support.

(~_~)

Assalamualaikum teman2 sekalian. Maaflah kalau aku jarang update my blog. aku sibuk bekerja dan banyak benda perlu aku settle tp sllu juga la aku mengadap lappy aku.cuma, tak larat mau on blog.hehe..dalam erti kata lain mim.alif.lam.sin= RAJIN (ikut phrase chap)

almost 2 bulan aku tinggalkan blog. banyak peristiwa dan cerita yg aku lalui. manis, masam n masin.lately, i have to face peristiwa pahit. (-_-") aku nak bgtau pn aku tak lalu..tak lalu nak citer.kalau citer balik.memang rasa sakit ati. dalam hal ni, aku jadi mangsa keadaan, mangsa kerakusan, mangsa penipuan dan memang aku jadi mangsa mithali. kadang2 aku tak faham, pa yg dia mau, pa salah aku, pa aku buat sampai aku kena camni. memang manusia ni pelbagai ragam dan macam.tapi kenapa mesti aku terlibat dengan kelompok manusia sebegini.sakitnya ati hanya Tuhan saja yg tau. Semoga Tuhan mengampunkan mereka Amin.

walaupun, peristiwa ni sudah berlalu hampir 3 minggu (dari aku bt blog ni) tapi sakitnya still lagi ada. one of my friend said please Haizum, forgive and forget. ya..i can give forgive but forget??i cant. sorry..segala pa yg mereka pernah lakukan ke atas aku.aku takkan lupa. ya..aku maafkan mereka satu keluarga setulus hati aku. Doakan mereka baik2 walaupun mereka dajjalkan aku dalam diam. tapi untuk melupakan suma itu. JANGAN HARAP. aku tak berdendam jauh sekali membenci mereka. tapi, aku masih tidak boleh terima pa yg dorg bt dgn aku. disebabkan ego, kekhilafan, keangkuhan, kejahilan mereka. mereka sanggup mempergunakan orang lain utk dapatkan 'sesuatu'..semoga Tuhan merahmati mereka sekeluarga Amin..

Pada awalnya aku memang marah nak mengamuk pun ade. nak bakar rumah pun ade. tapi bila dipikir balik2. ade faedah ke aku buat cam tu. org giler meroyan pn tak bt cam tu. aku lagi la..wei, ni baru putus cinta la bukan bercerai berai pun. pe la..huhu..nasib bek aku waras tahap baik punya. aku beristighfar banyak2 mintak pendapat dan nasihat daripada kawan2. kawan2 banyak yang bagi semangat. kata mereka, Haizum, walaupun jumlah lelaki dah makin kurang kat dunia ni. tapi percayalah manusia dijadikan berpasang-pasangan. jadi, jangan cepat melatah dengan perkara sebegini. ko tau tak, ini menunjukkan dia bukan lelaki yang baik utk kamu. dia bukan diciptakan utk kamu. ko tak perlulah berdendam lebih2 dengan dia. banyakkan bersyukur banyakkan berdoa. secara tak langsung ko akan mendekati Tuhan. ko patut bersyukur sebab diberi ujian sebegini. biarkan mereka tertawakan ko dsebabkan kebodohan ko. pegang jer cakap aku, dunia ni lengkap dgn hukum karma. kalau bukan diri mereka yg terasa pa yg ko pernah lalui, semestinya orang yg mereka sayang tu akan rasa pa yg ko rasa sekarang.masa tu, baru dorang tau. baru terasa diri tu diperdajjalkan. ko hanya bersujud dan mendapatkan keredhaan dari Allah jer.insya Allah, Allah sentiasa disisimu.

So, Haizum. ko nak salahkan mereka ker nak berdendam ke.biarkan aje Allah balas pe dorg buat ker? urmm..aku takkan sesekali buat seperti gitu dgn dorg.cos dorg pun saudara seislam juga.ish..tak baik dan berdosa besar mendoakan tak baik utk mereka saudara kita sendiri. aku doakan semoga Tuhan memberikan mereka taufik dan hidayah. sekali lagi aku katakan dengan tulus dan ikhlas. aku tak membenci, berdendam dengan mereka. aku maafkan kesalahan dan kejahilan mereka. tapi, aku tak sanggup lagi mengenangkan kenangan2 bodoh dan terlampau mereka dgn aku. aku takkan simpan dalam kotak memori aku lagi.biarlah berlalu bagaikan angin. berikan masa utk aku lupuskan suma ni.utk menerima buat kali kedua??takkan sekali2.cukupla sekali aku dikenakan..jgn ke2 kali lagi.menangis air mata darah pn.aku tak sanggup.

Kepada berkenaan, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. saya tau saya tidak layak berkawan dgn kamu. saya tau saya ni siapa. saya tau asal usul saya. dari awal perkenalan saya sudah jangka sebegini akan berlaku. saya ni mampu diperalatkan saja oleh kamu. tapi jangan risau. saya sedikit pun tidak marah dgn kamu. sedikit pun tidak. tapi, saya hanya bagi nasihat.bertaubatlah. nasib baik kamu memperalatkan saya bukan org lain. kalau org lain, saya tidak tau apa akibat yang akan diterima oleh kamu nanti. manusia sekarang ada agama tapi tiada pedoman.harap kamu faham. thnx for everything. Hanya Tuhan saja mampu membalas jasa baik kamu sekelurga dengan kami d cni.

Salam