Tuesday, December 7, 2010

Single tak semestinya sunyi..

Assalamualaikum w.b.t

Hai and good morning to all surfers and bloggers. Wah..pagi2 sudah blogging. Bukan pa sementara ada idea ni, boleh curahkan di blog tanpa melengahkan masa. Ok, According to the title up there, 'single tak semestinya sunyi' aku dapat idea ni dari facebook. Biasalah aku ni, bangun je dari tidur aku terus on laptop n direct g facebook. check whether ada org komen wall aku ke, feedback pe yang aku post ke n ade ke org tagged aku kat photo dorg ke. pendek kata, nak tgk notification.hehe.. then, aku ter'drop by' kat sum1 post. Minah ni asyik post ayat2 jiwang jer. tak kirala dia sedih ke gembira ke pe dia bt dgn BF dia..everything dia post kat FB dia. sumtimes tu, rasa nak menyampah juga tp tak perlah, facebook dia kan. suka ati la dia nak bt cmane. janji dia hepi dan bahagia. Alamak melalut kepada cita yang lain. Ok, pagi tadi, aku find out yang dia sedang patah hati. dari ayat dia tu, dia betul2 sedih terasa cam kosong jer dalam idup dia. and, macam biasalah, ramai yang bagi feedback bagi nasihat dan semangat utk dia. then, c kawan ni dia reply dia tak boleh idup tanpa kekasih hati. hah..dari situ, timbul idea aku nak tulis. Apa pun, terima kasih kepada minah tersebut kerana memberi aku idea nak blogging.

Actually, life tak semestinya WAJIB diisi dengan perasaan cinta kepada pasangan kita. aku faham sangat nikmatnya bercinta ni DUNIA NI SEPERTI ANA YANG PUNYA. Aku pn tak boleh deny hal ni sebab aku pernah merasainya semua itu. dan aku pun ada feeling dunia ni aku sorang ja yang punya pada hakikatnya berjuta manusia lain yang berkongsi bumi ni dengan aku. Memang indah dunia percintaan ni.

Tapi bila dah putus cinta. huh..jangan cakap la..DUNIA NI SEPERTI DAH NAK KIAMAT. hakhakhak..sedih..melolong..airmata tak putus2 mengalir. kalau ditadahkan airmata tu boleh jadi tasik dayang bunting yang ade kat Langkawi tu. Semua keje pun tak jadi buat, asyik teringat kat dia jer. memang betul2 terasa pahit yang amat sangat dalam perpisahan ni. dan semestinya aku pun pernah merasai semua itu. Sampai berat badan aku turun mendadak beb. turun 5 kg dalam sebulan. Nah kau..tak yah g Slim World atau mana2 centre kelangsingan badan. Putus cinta jer gerenti jadi kurus balik. Tu la petua paling cun kalau nak cepat kurus cam kerangga.

Selepas perpisahan itu, most of us akan kembali single. Ya..single. some of people takut utk menghadapi situasi tersebut. Ya la kan..sapa lagi nak colling2 kita waktu kita nak tidur and dapat mesej pagi2 say 'good morning sayang' and ' I love you' setiap masa. Masa tu, memang our phone akn jadi bisu dan bateri fon akan boleh bertahan sehingga berhari2. tapi ni bukan persoalannya utk kita tidak bergembira. being single boleh menjadi happy. Tanamkan dalam diri korang, single tak semestinya sunyi..
Cuba korang bayangkan, time single ni la kita blh bt ape je pe yg kita suka..sapa2 yg suka melancong, korang melancong g mana2, tak perlu mintak pendapat tak perlu minta izin dan sebagainya. kita boleh merapatkan kembali dan meluangkan bersama kawan2 dan family. Secara tidak langsung ini akan mengembalikan keceriaan dlm kehidupan kita.
Dan yang paling penting, masa dan wang kita tidak terbuang begitu saja. Sumanya kita gunakan dgn sebaik mungkin iaitu untuk diri kita dan orang2 yang kita sayang.
Jadi, jangan wujudkan 'Single is Boring', 'Single is lonely' cuba ubah statement itu kepada 'single is fun' 'single is joy'..kalau korang hargai masa itu, korang akan tahu pa makna Fun yang sebenarnya.
p/s: I'm being single for 2 years. I have a beautiful life being a single.

Salam Maal Hijrah dariku

Assalamualaikum..
Hallo, apa kbr suma? Selamat menyambut Maal Hijrah kepada suma umat muslimin dan muslimat. Semoga tahun baru ini menjadi lebih beerti kepada kita semua. dan tidak lupa juga kepada junjungan nabi kita. Marilah kita merenung sebentar sejarah Maal Hijrah ni, dmana peristiwa besar ini membawa impak kepada perluasan ajaran Islam ke seluruh dunia. Dan di sni la bermula kerajaan Islam terbina.

Ok. Stop cita pasal tu. Aku tau most of you sudah tau n arif tentang sejarah Maal Hijrah dan tak perlulah aku menceritakan lagi kepada surfer2 internet. Kali ni, aku mau cita pa perlu aku bt ni hari.

Semua org tau yg Maal Hijrah merupakan public holiday for Malaysian. YESSZZAA...tapi malangnya, tpt aku keja ni teda istilah cuti dalam hari2 tersebut.huahuahua...pendek kata. aku bekerja..aku tak tau la gaji double ka tidak..sedikiti kecewa cni sbb aku tidak dpt extend kan masa tdur aku..huhu..

tapi xpala..kerja punya pasal. Nak ditambah cita, hari ni ada auditor dtg ofis kami. huhu..aku malas plk mau cita pasal ni sbb keputusannya mmg menyakitkan...

nt aku sambung cita or takkan sambung cita.


Tuesday, November 23, 2010

Money..duit..muflis..

Assalamualaikum w.b.t

Hallo..lama sdh aku nda blogging kan??since bulan puasa hari tu lagi.hehe..bukan pa..teda idea bah pa yg mau dtulis ni. tambah lagi, sedang pikir cam mana la mau tambah pendapatan ni. anyway, sebut pasal pendapatan ni kan, sudah hujung bulan sudah ni, tau-tau la kan, duit sudah di hujung nyaawa. aihss...aku ni kan, susah la mau cakap. gaji boleh la tahan standard ijazah. tanggungan..xdalah sgt..tp ntah gaji aku ni mengalir kat mana. aku xla kuat shopping mana pun. dah la tu, saving pn aku x buat tau..huhu..sedih la..

apa yang aku nak cerita d sini adalah one day, aku buat pe ea..blogging pe benda tu ar..yg singgah blog orang then baca n bg komen..pe orang panggil?? aish..xla aku tau pa nama di panggil tu...oo..baru teringat blog walking ka??hehe..malas bah mau tekan backspace..tu yg taip ja apa yg terlintas di pikiran..hehe..then terjumpa satu blog ni, dia bg tau petua bt saving. aku rasa petua ni mungkin ramai sdh orang pakai n memang bagus kalau diamalkan..

caranya bahagikan gaji kita ikut peratus. blogger tu cadangkan 70%-30%..hah..mesti kamu x faham kan..begini..70% tu perbelanjaan harian kita termasuklah, hal peribadi ka, byran ptptn ka, bg mama ka, adik beradik ka, reload ka, keta ka suma2 tu pki dalam 70%. kalau x ckup pn kasi minimum kan penggunaan.means pa yg x pntg tu kasi out la..kira berjimat la..then 30% tu untuk simpanan.

simpanan plk haruslah jangan dikacau. seboleh2nya, simpanan tu melebihi 6 bulan gaji.klu lebih pn lg bagus. ni kerana, jika kita dbuang keraja..kita x menjadi masalah..duit simpanan tu boleh menampung perbelanjaan kita selama 6 bln sementara kita mencari keja..dan ini boleh menepis masalah kewangan kita. tidaklah kita kebulur tidak makan selama kita tidak bekerja. masi lagi boleh hidup seperti kita sdh bergaji.

Lagi bagus, kalau kita ada duit sampingan..side income jg such as jual reload(mmg femes), jual tudung, ubat kesihatan la apa la..apa2 pun benda ni kita kena rajin almaklum la direct selling..hehe

so, since aku tau formula 70%-30% ni..start bulan ni aku kena bt..duit makan aku kasi kurang.aku kena bawa bekal hari2..then..x bawa bekal..mkn megi jer..hehe

pa pun..tu ja yg aku mau tulis utk hari ni..

bye..

Tuesday, September 7, 2010

Sunyinya Library..






Hari ni hari Rabu, memandangkan perayaan nak dekat, so mostly students dah balik kampung even still ada kelas tapi ada yang degil buat cuti sendiri. Rindu kampung punya pasal, sanggup buat cuti sendiri. Rules pun sanggup langgar. huhu..kalau aku jadi diorang pun, mesti aku buat benda yang sama. Walaupun pihak kolej telah bagi cuti awal sehari sebelum raya, tapi nak juga balik kampung seawal yang mungkin. Yelah, esok mesti traffic jammed. orang berduyun nak balik kampung.






Ok citer pasal library kosong. Takdelah sampai satu orang student pun tak g library. ade..cuma beberapa kerat jala student datang library. datang pun sebab nak photocopy la..nak print assignment la.erm..adat nak bercuti panjang memang gitu. Sebelum cuti, lecturer bagilah bertimbun-timbun assignement untuk submit after raya tak pun lepas cuti ada final examination..huhu..memang adatla cam tu. tak heran...






Oppss..lupa..students cuti satu minggu for Hari Raya you..so, some staffs ambil kesempatan ambil cuti selama seminggu. Aku tak ambil cuti tapi aku tak kisah sebab masa tu students takde then library kembali lengang seperti asal.hahaha...Tapi kemungkinan besar, lecturers will come and do some research for their silibus. mungkinlah..






Hari ni, last day keja. Esok cuti. Students takde so aku pun malas nak wat keje. perasan tak? aku ni asyik blogging jer..best kan..hehe..pe pun Peace no war n arguement in our life.

Bagaimana mau menenangkan ati bila nda tenang?? (*_*)



Tiba-tiba aku rasa cam sedih. Sedih yang teramat sangat. Aih..nak dekat-dekat raya ni, terasa sedih la pulak. Kenapa lah aku cam ni? Apa salah aku? Orang yang aku sayang, sudah bertemu dengan pilihannnya sendiri. sedihnya..

Semalam aku delete FB, sebab aku tak sanggup tengok tu semua lagi. Tak mau tengok post2 yang buat aku sedih.

Tak boleh la nak teruskan blogging cos ati betul lara. SEDIH..hanya Allah saja yang tau.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada diriku ini. Amin.





Monday, September 6, 2010

2 days left (^_^)

Assalamualaikum..and Hai to all friends.

Hehe..dua hari lagi nak hari Raya untuk tahun 2010. Tak sabar rasanya nak berhari raya ni. Tapi sedih lah nak tinggalkan bulan Ramadhan al-mubarak ni. Bulan keistimewaan yang diberi Allah sekali dalam setahun.

Hari ni, aku tak tau nak tulis pasal pa. sebab dalam kepala aku ni asyik pk pasal nak raya jer. Persiapan untuk raya?erm..so far, baju kurung belum siap. Tudung yang aku beli online, kejap lagi aku turun KK, nak ambik tudung. sekali, aku nak window shopping. window jer, khamis ni baru shopping.malam raya, baru sale tahap mampus.

Kalau nak citer pasal kuih raya? so far, kami main beli jer. dah masing2 bz dgn keje. banyak dateline perlu dikejar, so do i la jg.

Duit raya?? jangan dikata pasal duit raya dengan aku. Tahun ni takde duit raya cos aku baru je dpt my 1st salary in new work environment then i'm in probation lagi, so bayangkanlah gaji aku cmne. After aku resign dr tempat keja dulu, aku kena bayar balik gaji aku..sebab need to notice 2 months..sekali tak sampai sebulan aku bg notice so, need to pay back la. so, my 1st salary kena bayar hutang la.

cuti raya? aku takde cuti raya. as i mentioned before, aku kan in probation, so, kalau aku ambik cuti, gaji aku makin kurang. tambah lagi, ada 3 trips aku kena ikut.

1 trip - KL : VIRTUA BRIEFING
2 trip - Kuching : Kasi kawan kawan aku ambik exam kat UITM Kota Samarahan
3 trip - KL : Annual Dinner.

hah..tu trip aku dalam masa terdekat ni. within September and October, need to saving for my trips.

Bukan aku ni jenis tamak or takde feel nak raya..ade mmg ade feel raya pun mengalahkan budak-budak tapi masalahnya, kalau aku terus nak beraya duit aku kurang so at the end aku yang sengkek hujung bulan. aku tak mau la camni kan. aku pun kena bagi duit dgn mak bapa aku lagi kan, perbelanjaan aku lagi..ish..kalau nak kata memang aku ni x cukup duit la.

Walau pe pun, semangat raya tetap ada, aku pn x sabar nak makan rendang, lemamg, kari ayam dan fevret dishes yang hanya available d musim perayaan.huhu..rasa lapar la plk.

Oklah, setakat ini saja untuk hari ni..time or after raya aku update lagi blog aku ni yer.sama2 kita kongsi pengalaman d bulan syawal ni.

Salam semua..Love u all

Friday, September 3, 2010

Sweet Memories on last days of Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari yang ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadhan bermakna ada 5 hari lagi kita akan menyambut Bulan Syawal dimana para muslimin akan merayakan Aidilfitri menandakan kemenangan kita. Tapi bagi sesetengah muslimin, mereka tidak sanggup melepaskan Bulan Ramadhan dimana bulan yang penuh keberkatan dari Allah. Oklah, cukuplah tazkirah dari Haizum Mahfuzah..Hehehe..

Actually, aku nak berkongsi cerita mengenai kenangan dikala Ramadhan ingin melabuhkan tirainya. Ini sekadar cerita bese-bese jer tak berunsurkan keagamaan pun.

When i was 16, aku dan family aku selalu g solat terawih di masjid. 1 day pun tak pernah missed. Walaupun cam tu, aku ni sekadar solat 8 rakaat jer. then, lepas tu merayap la g bawah masjid. buatlah pe yang patut, bersembang ke bermain ke itupun kalau ada member yg dok sama solat terawih kat masjid yang sama. tapi aku ni takde kawan pun kat masjid tu.

Alkisah begini, adik lelaki aku Azmi dan Saiful ada kawan sekolah yg sama mngerjakan solat d tempat yang sama. Nama budak tu Azmi juga. Umur dia masa tu dalam 14 tahun cam tu la. Budak ni aku tengok, boleh tahan la rupanya..kira hensem la juga. aku tak pikir apa pun. just memuji mengatakan yang dia ni hensem. Tapi adik kan..aku anggap dia adik-adik ajelah. ADIK-ADIK AJE..

3 hari sebelum raya, kami ada pergi masjid cam biase la..seperti biasa Azmi pun ada kat situ. Then, balik aje kat rumah, Adik aku Azmi mengatakan Azmi kirim salam kat aku. oo..sekadar kirim salam aku tak kisah. Then adik aku tambahkan lagi, dia kata Azmi suka aku. Aku tak caya. Takutlah adik aku ni tipu. Tapi setau aku, adik aku ni tak pernah tipu. Mati-mati aku denied pe dia kata tu sampai adik aku ni fed-up sebab letih nak yakinkan aku ape yang dia cakap.

Esok malam tu, aku dapat kad raya dari Azmi. Kad raya mahal tu. Kad raya versi 'blues untuk aku' haha..kira masa tu, femes la jg kartun tu pada masa tu. Tapi aku tak minat pun. Harga kad tu RM 1.20 sekeping, dia bagi aku 2 keping kad raya. Hah kau..tak ke haru tu. dalam tu macam-macam la dia tulis. Tulisan dia..erm..jangan cakaplah..memang tulisan lelaki (cakar ayam)..hehe tapi aku hargai kad raya tu. Adik-adik lelaki aku pun dapat gak kad raya dari dia. Tapi kad murah jer, RM0.50 sekeping. Tulisan lagi buruk dari tulisan kad raya yang dia bagi kat aku. Adik-adik aku rasa tak puas ati kat dia. Mulalah diorang argue kenapa aku dapat lawa2 tulisan pun cantik, diorang dapat kad raya murah dan tulisan pun senget dan buruk. Senyum je Azmi dapat komplen dari adik-adik aku ni.

After that, dia dtg beraya g rumah aku bersama adik sepupu dia. adalah 2,3 kali kami kuar dating. bawa adik sepupu dia juga, kira cam anak kami la..huhu..dia kata la.ahaks..masa tu, terserlah kehenseman dia.hehe..

Memang kami dah declare jadi BF-GF, kalau ikutkan ati tak naklah aku, sebab dia tu lagi muda dari aku. dalam 6 bulan kami couple dan putus secara baik sebabnya the next year kami ada exam besar yg perlu kami hadapi. Dia ambik PMR dan aku ambik SPM. So, dari situ kami ada kesedaran sivik masa tu tentang masa depan kami.

Sekarang ni, aku dah tak dengar cita dia lagi. last aku dengar, my junior fall in love kat dia. then aku kata kat junior aku, dia tu my ex bf. terkejut junior aku.huhu..tapi sekarang ni betul2 lost ctc..adalah terserempak dgn adik sepupu dia. Adik sepupu dia pun dah besar dah. aku tak cam dia, tapi dia cam aku..huhu..tau la kan dari muka budak yg suci bersih dan murni bertukar menjadi muka dah akil baligh.memang tak cam larh..

Aku rasa ni la kenangan terbaik aku d Bulan Ramadhan. walaupun cinta monyet tapi penuh dengan kenangan manis. kelakar pun ada. Aku rasa mesti korang pun ada cita dsebalik Ramadhan kan. tak kiralah pasal ex bf ke pasal ape ke. Perkara yang membuatkan kita tersenyum sendirian. haha..jangan tak tau, kad raya dia 'blues utk aku' sampai sekarang aku simpan lagi tau. dah hampir 9 tahun kad raya tu dengan aku sekarang ni. hehe

Apa pun, selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin..