Monday, July 5, 2010

aku dah berusia suku abad.

Assalamualaikummmmmm (ikut style Haziq dalam movie Syurga Cinta)

Hi everyone.wah..boleh tahan yer.hari2 aku blogging.celik jer mata terus blogging. huhu actually, aku surf FB jap. adelah..usik2 kawan2. walaupun jauh menyeberangi laut china selatan tapi facebook dekatkan pertalian silaturrahim.hehe..kes usik mengusik ni timbul cos ade beberapa kawan aku dah bertunang and sambut birthday yg ke 25. hah??25 tahun!! kenapa dgn 25? ade ape2 ke? erm..menunjukkan kita dah semakin meningkat dewasa?dewasa ker?tanak nasi pun still hangus..halluu tu kalau masak atas gas.klu masak kat periuk karan. paling2 pun mentah.kalau terlebih air jadi bubur. org utagha kata 'moi'..(erm teringat kesatria kat uitm dlu.peristiwa terjadi ke atas noren a.k.a kembaq aku)

adelah sorang Hamba Allah yang bernama...(malas aku nak sebut) dia kata. age is a figures. erm..ye ke?mungkin pasal ni ko putuskan aku kan?huhu..berbalik kepada tajuk kita. aku dah berusia 25tahun. arrhh..nyah tak caye la.huhu..percayalah wahai Cik Haizum ko dah 25 tahun 2 bulan dah pun.

Teringat mase skolah dlu. kata dengan kawan2. aku nak kawin mase umo 25 tahun. sekarang ni umo 17 tahun. ada 8 tahun nak bina kerjaya dan nak kawin. masa tu aku ade pakwe.membuat plan la nak anak berapa ramai. nak letak nama anak lelaki camna.pompuan camna. haha..kelakar la klu ingat balik. tapi, at last bf aku tu dah bertunang pn. dh nak kawin pn bulan 9 ni.erm..kecewa gakla..dia dah bertemu jodoh. aku??masi lagi tercari2. amboi zum, kecewa ke frust ke? taklah kecewa pun sayang oi..still young what. kawan aku rennie vincent umo dah nak 28 still maintain bujang. kawan aku yg sorg lg tu kak teh.pun bujang jg.takde bf pn still maintain single jg. pe zum??ramai lelaki nak kat ko...ish..aku bukan nak citer pasal ni la. bukan pasal kawin diwaktu umo 25.cuma terkenang aje plan ape nak bt diwaktu umo 25.haha..

tapi yang pasti aku tak percaya umo aku dah 25. kalau orang tya umo aku berapa. aku jawab la 25. si kawan yang bertanya pun terkedu dan terkesima. kenapa?ada aku salah jawab ker? cam tak caya jer. tgk rupa cam 21 jer. yeke?? mak aih..kembang kuih pau aku (-_-")..cam semalam, aku nak beli burger kat kat warung putatan tu. adelah sorg student tu panggil aku. hai kak, keja malam ka? aku jawab la ya. si penjual burger ni heran. kenapa ko panggil dia kakak? c student ni jawab la..dia keja di library tu. terkejut c pacik jual burger ni. arhh..tgk aku balik2. curi2 renung aku. huhu..

ni lagi satu citer. officemate aku. selama 5 bulan aku keje kat c2. mati2 dia ingat aku ni budak lepasan spm. umo around 21..dia dapat tau citer sebenar dr fren aku. haha..aiyo..saya tidak tau kamu sudah tua la..haha..kecik macam budak darjah 3. amboi May, berpada2 la. kata plk darjah 3. terlebih awet muda aku ni..huhu..senyum jerlah..

kadang2, student ni nak pgl nama jer.tp panggil jer 'kakak' nak lebih hormat padahal dorg lg tua dr aku. (a few students la)..tapi aku tak kisah.panggil aku apa je pun. janji korang hormat aku yer. pe2 pun, aku tak boleh melatah dengan pujian sebegini.bersyukur kepada Allah kerana memberi aku anugerah sebegini.

Sesungguhnya Allah meminjamkan nikmat ini kepada umatNya. melihat sejauh mana dia bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu.so, kawan2 sekalian. kalau kita ada kelebihan please dan tolongla jgn terlalu membanggakan.kerana ini adalah pinjaman Tuhan. anytime and anywhere, Dia akan tarik balik nikmat yang dia pinjamkan tu.hah..bersyukurlah yer anak2 sekalian.

oklah dah kul 1 lebih ni. Haizum nak g mandi. huhu..salam semua.

No comments:

Post a Comment